Monday, 24 September 2012

VISIT MALAYSIA


Malaysia merupakan negara yang pesat membangun,makmur dan juga terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan dunia. Dari segi geografi, Malaysia terdiri daripada dua bahagian iaitu Semanjung Malaysia dan Kepulauan Borneo yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Malaysia merupakan destinasi pelancongan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. Tidak cukup dengan itu, Malaysia mempunyai banyak tarikan lain yang tidak tolak bandingnya. Selain itu juga, terdapat pelbagai sejarah yang wujud di Malaysia.

Pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh di lewati adalah seperti ;





TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JOHOR BAHRU


Hutan Bandar Johor Bahru
Lokasi    : Persimpangan Jalan Tasek Utara dan Jalan Yahya Awal
Masa     : Dibuka setiap hari dari jam 7:00 pagi sehingga 7:00 malam
Bayaran : Percuma

Meliputi kawasan seluas 50 ekar dan hanya 1.5 km dari pusat bandar Johor Bahru. Banyak kemudahan yang disediakan antaranya adalah Laman Tembusu, Laman Permainan Kanak-Kanak, Medan Selera Atap Berlian, Tasik Tujuh, Rumah Melayu Johor dan Tapak Perkhemahan.
Para pengunjung berpeluang menenangkan fikiran sambil menikmati alunan merdu irama jazz yang dipersembahkan di Sudut Jazz pada setiap hari Jumaat bermula jam 8:00 malam hingga 11:00 malam bertempat di Laman Tembusu. Terdapat juga Laman Permainan Kanak-Kanak.
Tasik Tujuh bersesuaian dengan namanya merangkumi tujuh buah tasik yang berdekatan menjadi tumpuan apabila pertandingan memancing dijalankan oleh pihak MBJB mahupun penganjur-penganjur lain. Bagi peminat senibina tempatan, Rumah Melayu Johor memaparkan kekreativitian seni bina rumah tradisional orang Melayu yang kaya dengan nilai-nilai estetika. Tapak Perkhemahan pula menawarkan aktiviti berkumpulan dimana kemudahan-kemudahan seperti chalet, bilik persalinan, bilik air, dewan ceramah, surau, tapak perkhemahan, "jungle tracking" dan BBQ disediakan.

                                       




Taman Merdeka

Lokasi    : Tasek Utara
Masa      : Tiada Had

Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari Pusat Bandaraya mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa 2.Sebuah taman yang menggambarkan semangat patriotik pejuang kemerdekaan melalui catatan sejarah, arca, rekabentuk bangunan, rekabentuk lanskap serta sistem bunyi dan cahaya.  Konsep taman mesra alam dan mesra pengguna cuba diterapkan kepada pengunjung agar keselesaan dirasai ketika bersiar-siar atau menjalankan aktiviti riadah di taman ini. Antara komponen pembangunan yang dibangunkan di Fasa 1 dan Fasa 2 adalah:

Pusat Maklumat dan Jeti Penambang
Laman Peringatan Sultan Abu Bakar
Laman Peringatan Penjajahan Jepun
Promenade Perarakan Kemerdekaan (Fasa 1)
Laman Malaysia
Laman Peringatan Kedaulatan Raja-Raja Melayu
Laman Semarak Kemerdekaan
Promenade Perarakan Kemerdekaan (Fasa 2)
Laman Peringatan Penentangan Komunis

                              





Taman Rekreasi Tasik Pandan

Lokasi    : Taman Desa Harmoni Berhampiran Ponderosa Golf & Country Club
Masa      : Tiada Had

Laman Rekreasi ini merangkumi kawasan seluas 16.3 ekar dan dilengkapi dengan sebuah tasik seluas 10 ekar yang terletak di tengah laman.  Ia juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang awam samada yang muda atau dewasa untuk beristirehat dan menjalankan aktiviti riadah seperti senaman, berjoging, berkhemah dan sebagainya.  Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di Laman Rekreasi ini. Antaranya sukan air seperti memancing, menaiki bot pedal dan berkayak selain sukan darat atau tradisional seperti badminton, berbasikal, bermain congkak, gasing, bersilat dan bertaici.
Selain itu, laman ini boleh dijadikan tempat beriadah atau beristirehat bersama keluarga.  Taman Permainan Kanak-Kanak, Gelanggang Permainan Serbaguna, Lelapang Layang-layang, Taman Buah-Buahan, Kolam Teratai, Refleksologi Kaki, Dataran, Jeti & Pondok Sewa Bot, dan "Under Canopy Walkaway" adalah antara kemudahan riadah yang dibina. Kemudahan awam juga disediakan untuk keselesaan pengunjung-pengunjung seperti Gerai Makanan Ringan, Tandas Awam, Wakaf, Laluan Pejalan Kaki dan Basikal, Tong Sampah dan Tempat Letak Kenderaan.







TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA




Menara Taming Sari


Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Datara Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Dibuka secara rasmi pada 18 aPRIL 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.




Melaka River Cruise
Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.





Kota A Famosa
Peninggalan Penaklukan Portugis Kota A Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar sakan.

                                 




Bangunan Stadhuys

Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.





Jonker Street
Baba Nyonya dan Barangan Antik Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.






Dataran Pahlawan

Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.




Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan terletak dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah dan bersempadan dengan Port Dickson, Negeri Sembilan. Ianya tidak jauh dari bandar Melaka, iaitu kira-kira 20 minit menaiki bas. Pantai ini adalah kawasan rekreasi yang baru dibangunkan untuk memenuhi keperluan kemudahan kawasan rehat untuk sekeluarga.Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan berenang (risiko adalah tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda,tetapi caj dikenakan.Setiap pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap udang geragau (sejenis udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut tiupan angin monsun.Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat belacan dan cencaluk.Sementara itu, pada setiap hari Ahad dari 4.30 petang ke 6.30 petang terdapat persembahan “Dondang Sayang” percuma.Banyak gerai-gerai makanan dan buah-buahan disepanjang pantai untuk kemudahan para pengunjung mendapatkan hidangan tanpa bersusah payah membawa bekal. Suasana di pantai ini menjanjikan kedamaian untuk anda melepaskan tekanan diri dan mendapatkan ilham baru.





TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR


Batu Caves
Terletak 15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang popular, terutama ketika festival Hindu – Thaipusam, yang jatuh pada akhir Mac setiap tahun. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai 272 anak tangga.





Mines Wonderland

Sebuah taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan pelbagai jenis permainan . Pada malam hari gemerlapan anda boleh merasai susasa yang menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser.





TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU

Pulau Kapas

Pulau Kapas terletak sekitar 5 batu noktikal atau 6km dari pantai Marang, Terengganu. Pulau ini adalah tempat di mana banyak penduduk tempatan dan pelacong asing pergi kerana kemudahan jalan keluar yang cepat dari jeti Marang. Anda akan dapat sampai ke pulau itu dalam masa 10 minit dengan bot laju dari jeti Marang. Marang terletak 18km sebelah selatan Kuala Terengganu dan 13km dari Fuzias Homestay.




Gunung Gajah Terom (3,958 kaki ), Kuala Berang, Terengganu

Gunung Gajah Terom berada diantara Air Terjun Sekayu, Kuala Berang dan Air Terjun Lansir, Tasik Kenyir. Rekod pendakian ke gunung ini sehingga tahun 2007, dikatakan selang dua tahun 1 kumpulan sahaja yang mendaki.
Gunung ini dinamakan Gunung Gajah Terom kerana terdapat gajah-gajah yang tinggal/duduk(terom) di kawasan gunung ini. Ada versi lain dikatakan seekor gajah yang tersepit diantara dua batu (berdekatan puncak), menerong (memekik), peristiwa gajah terong ini diambil untuk menamakan gunung ini. Perubahan prosakata akhirnya jadi gajah terom.1 jam ke 1 jam setengah mendaki dari kemsite baru sampai puncak G. Gajah Terom. Itu pun jika tidak tersasar, memandangkan ada beberapa trail, termasuk trail gajah dan trail pemburu gading gajah. Puncak ditanda dengan beirut dan batu tanda. Pendakian OGKL pada 2007, kaki beirut telah pun patah dan beirut rebah menyembah bumi, dikatakan ditolak sang gajah.





Tanjong Mentong Di Tasek Kenyir
Tanjung Mentong (pintu masuk ke Taman Negara) Tanjung Mentong merupakan pintu masuk negari untuk Taman Negara, taman nasional yang terkemuka di Malaysia. Memiliki salah satu sistem yang paling rumit di dunia dan kaya dgn eko system . Taman Negara merintangi Terengganu dan dua negari jiran yang lain. Gua Bewah dan Gua Taat , gua ini terletak di hujung selatan Tasik Kenyir. Gua Bewah adalah yang terbesar dengan pintu masuk yang terletak 40m di atas permukaan tasik. Menaiki tangga dari dermaga terapung untuk melihat lubang arkeologi dan fauna gua berkembang. Gua Taat, terletak diseberang, merupakan sebuah penemuan kawasan pra-sejarah.





Gua Bewah
Gua Bewah terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu,Malaysia. Bewah bermaksud aktiviti kenduri-kendara . Terdapat beberapa gua batu kapur yang lain di sini seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan.Gua Bewah juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar . Najis burung kelawar menghasilkan tanah yang sangat subur khususnya di sekitar sepanjang tangga dari pelantar Bewah hingga ke pintu masuk gua dan kaya dengan tumbuhan keladi besar dan cili padi.Tanjung Bewah dibangunkan sebagai tapak perkhemahan yang lengkap dengan tandas, pondok wakaf dan barbeque. Ramai pemancing mengunjungi Gua Bewah.






Gua Taat


Gua Taat terletak berhampiran dengan Gua Bewah dan Gua Batu Tok Bidan di penjuru Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Gua Taat hanya boleh dimasuki semasa musim kemarau iaitu semasa air tasik kering. Di dalamnya terdapat stalaktit berbentuk silinder seolah-olah tiang bangunan buatan manusia. Juga kelihatan formasi seakan-akan seekor kuda yang melekat pada dinding gua.





Belukar Bukit
Lata belukar bukit adalah kawasan yang baru dimajukan dan popular di kalangan penduduk tempatan. Belukar bukit merupakan tempat perkelahan dan perkhemahan yang menarik. Alam semulajadi serta ketenangan dan kesejukan air menjadi tarikan utama ke kawasan ini. Kawasan perkelahan belukar bukit terletak 20km di selatan kuala berang.Ia adalah kawasan perkelahan yang tidak mempunyai air terjun tetapi terdapat beberapa jeram.Ia amat sesuai untok peristirehat bersama keluarga memandangkan tempatnya yang cantik dengan air yang sesejuk salju.Bagi yang meminati air terjun,elok pergi ke sekayu yang tidak berapa jauh dari sini.






Air Terjun Sekayu

Tempat ini dipenuhi dengan flora dan fauna dari alam semulajadi. Hutan rekreasi dari Sekayu adalah salah satu hutan rekreasi paling terkenal di Terengganu dan menjadi kegemaran pengunjung. Air sejernih kristal dan dingin yang mengalir dari sungai Sekayu dan sungai Tersat dan keindahan alam di sekitar sangat sesuai untuk berehat fikiran dan tubuh badan serta membawa keluarga anda untuk berkelah dan mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi.Terletak 16km dari bandar Kuala Berang melalui jalan utama ke Kuala Berang-Sekayu, 40km dari Fuzias Homestay Bukit payong dan 56km dari Bandar Kuala Terengganu.





TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERAK

Gua Tempurung di Perak
Gua Tempurung di Perak menjadi pilihan mereka yang sukakan aktiviti mencabar. boleh mendengar mereka bunyi kelawar di dalam gua besar. Jika anda gemarkan pengembaraan alam semula jadi, Gua Tempurong adalah tempat yang tidak mengecewakan. Gua Tempurung mempunyai lima kubah yang sangat besar yang menyerupai tempurung kelapa (Tempurong).




Pulau Pangkor

Pulau Pangkor terletak di perairan Selat Melaka, Pantai Barat Semenanjung di negeri Perak. Pulau Pangkor unik dengan kekayaan alam semulajadi yang masih terpelihara. Luasnya cuma 2200 hektar. Feri ke Pulau Pangkor menyediakan perkhidmatan yang selesa, cepat dan selamat. Perjalanan Feri dari jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor mengambil masa 1/2jam. Pulau Pangkor memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan. Pulau Pangkor dengan kombinasi perkampungan nelayan yang mempesona serta resort yang mewah merupakan destinasi percutian yang mengagumkan. Pulau Pangkor adalah syurga bagi pencinta alam dan mereka yang meminati sukan outdoor. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti jungletrekking dan sebagainya.






Pulau Perhentian

Pulau ini terletak 21km dari pinggir pantai Terengganu dan kira-kira 25km daripada Kuala Besut, Besut. Terdapat dua pulau yang sering dikunjungi pelancong iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Pulau ini merupakan tempat pelancongan yang menarik kerana menyajikan panorama yang indah. Udara yang bersih, nyaman serta pantai yang menarik dengan air yang kebiruan. Ia juga menjadi syurga kepada penyelam-penyelam.




Pulau Tioman

Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempesona di Laut China Selatan. Terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam (scuba). Memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Boleh menaiki Bot laju dari Jeti Mersing.





TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan atau dahulu dikenali dengan nama pantai Cinta Berahi sebelum nama ditukar oleh Menteri Besar Kelantan. Merupakan kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang. Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang,lebar dan juga dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini.




Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan laut dan menjual aneka pakaian lelaki dan wanita.




Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujoh di Jajahan Tumpat, Kelantan terhasil daripada pembentukan tujuh teluk. Keindahan semulajadinya memberikan ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung. Pemandangan pantai yang nyaman dan damai dan juga persekitaran yang bersih. 







TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SABAH

Poring Hot Spring

Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi Kadazan Dusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.








Tanjung Simpang Mengayau

Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai Northernmost Tip of Borneo. Terletak di daerah Kudat, Sabah. Di Tanjung Simpang Mengayau, para pengunjung boleh menyaksikan pemandangan yang mempersonakan. Tempat ini dikelaskan sebagai tempat pelancongan yang paling cantik di Sabah.
Terletak 50km dari bandar Kudat.Para pengunjung boleh menaiki kereta atau teksi dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi dianggarkan selama 30 minit.